Kamis, 02 Juni 2011

Di Manakah Sebenarnya Holy Grail? - Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar

Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar

...We know when we understand,
Almighty God is a living man.
You can fool some people sometimes,
But you cant fool all the people all the time... - (Bob Marley -Get up, stand up)
 
Hari itu langit kelihatan mendung. Cuaca begitu berat tetapi tiada setitis pun hujan yang turun. Awan mendung berarak ke selatan. Beberapa pengawal penjara kelihatan memasuki pintu gerbang 'The Mansion of Torture' sebuah tempat yang digeruni oleh para pesalah sejak sejarah Mahkamah Inquisition tertubuh.
Hari itu ada orang akan diadili. Ada orang akan dihukum. Ada orang akan menemui ajalnya. Pegawai Penyiksa mengarahkan semua pesalah digiring keluar dari dewan penjara. Semua pesalah berbaris dengan dirantai kakinya, perlahan-lahan berjalan bersama-sama algojo dan para pengawal keluar dari 'dungeon'. Mereka berjalan merentasi dewan penjara yang dipenuhi dengan rantai besi, alat-alat penyiksa dan kurungan-kurungan banduan.
Kelihatan The Iron Maiden, The Rack dan The Stock di satu sudut. The Wheel kelihatan di satu sudut yang lain. Kadangkala terdengar jeritan dan tangisan, mungkin ada orang disiksa dengan Water Torture di bilik menghadap ke hutan. Ada bilik yang di dalamnya Judas Cradle. Seorang pesalah kelihatan didera dalam posisi The Strappado. Seorang 'Inquisitor' sedang menuliskan sesuatu. Beberapa rahib penjara sedang menyoal pesalah dan yang lainnya mengacu-ngacukan salib besar ke wajah pesalah. Semua itu sudah lali bagi pesalah-pesalah yang digiring itu.T ujuh tahun 'tinggal' di penjara itu, masakan boleh janggal dengan The Garotte atau The Heretics Fork!!
Mereka pun melepasi gerbang 'The Mansion of Torture'. Mereka pun berjalan ke arah lapangan luas. Terdapat kayu-kayu sedia tercancang dengan jerami kering di bawahnya. Semua pesalah di arah berlutut.
Seorang rahib berjalan ke arah salah seorang pesalah tersebut. Rahib itu mendekatkan bibirnya ke telinga pesalah tersebut yang ditutup matanya. Rahib itu berbisik perlahan-lahan,
"Jacques De Molay, dengan nama Tuhan,beritahu kami di manakah Ark of Covenant?"
 
Lelaki yang dipanggil Jacques De Molay itu kelihatan bergerak-gerak sedikit. Bibirnya yang berparut luka kelihatan mahu berbisik,mukanya berkerut-kerut.
"Aku sudah katakan yang aku tidak tahu tentang itu. Engkau pun tahu yang benda jahanam itu sudah dibawa oleh orang Rom ke kuil mereka untuk dipersembahkan kepada Zeus!"
 
Rahib itu tidak berpuashati.
"Kami bertanya atas nama Jesus...di manakah.."
 
"Engkau tanyalah kepada Titus, dia yang ambil Ark of Covenant,bukan aku!"
 
Rahib itu berjalan ke arah seorang 'Inquisitor'. Rahib itu berkata sesuatu kepadanya. 'Inquisitor' itu pun menulis sesuatu di atas sebuah lembaran kertas. Setelah itu rahib itu berbual seketika dengan seorang rahib lain. Kemudian dia berjalan ke arah Jacques De Molay sambil membawa satu salib besar. Dia berbisik lagi kepada pesalah malang itu.
"Kalau begitu beritahu kami,dimanakah Mandillon dan kain kapan Jesus?!"
"Tanyalah ketua kamu, Pope yang bodoh itu, dia yang menyembunyikan... kamu tahu... di saat ini aku percaya si tua kutuk itu sedang tidur dengan pelacur-pelacur Bohemia!"
 
Lelaki Templar itu ketawa berdekah-dekah. Rahib menunjukkan isyarat kepada algojo. Jacques De Molay pun dibelasah dengan cemeti berantai.
Grand Master Templar itu merintih-rintih kesakitan. Algojo menarik rambut lelaki Templar itu dan mengadapkannya ke rahib yang bertanya tadi.
"Baiklah,jika begitu...kamu sudah tentu tahu di manakah Holy Grail?"
 
Jacques De Molay memandang tepat ke dalam mata rahib tersebut. Dia dengan perlahan-lahan mula ketawa kecil walaupun di dalam kesakitan. Dia mula ketawa berdekah-dekah ke arah rahib itu seolah-olah soalan tadi amat lucu buatnya.

"Ha...ha...hahaha! Holy Grail? Mana ada Holy Grail? Siapa yang sembunyikan cawan yang tidak berguna itu? Tolong beritahu orang-orang yang bodoh ini! Faham tak? Tiada cawan Holy Grail di sana. Tiada! Itu bukan Holy Grail!!"
 
Algojo mahu menyebat lelaki Templar itu, tetapi dihalang oleh rahib. Rahib menarik nafas panjang. Dia seakan-akan memikirkan sesuatu...
Kemudian dia meminta algojo beredar jauh dari situ.Rahib itu pun membongkokkan dirinya mendekati telinga Jacques De Molay. Dia berbisik perlahan-lahan,
"Kami sudah tiada masa, sebelum kamu mati, tolong beritahu kami di manakah benda itu berada? Kami tahu kamu dan para Templar yang lain ada menyembunyikannya. Aku jamin Jesus akan mengampuni kamu dan memasukkan kamu semua ke dalam syurga jika kamu memberitahu kami di manakah benda itu"
 
"Holy Grail?"
 
Jacques De Molay seperti mahu ketawa.
"Bukan! Bukan Holy Grail yang itu. Tapi Holy Grail yang sebenar. Kami bukan tidak tahu apakah perjanjian para Templar dengan Pope, jadi buat kali terakhir..."
"dimanakah........."
Rahib itu semakin memperlahankan suaranya.Para pengawal dan algojo berbisik sesama sendiri.
Tiba-tiba wajah Jacques De Molay berubah. Dia tidak lagi ketawa. Dia kelihatan ketakutan. Rahib semakin tidak sabar. Jacques De Molay seolah-olah seperti orang gila. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.
"Benda itu! Aku...aku...sudah berikan kepada Asmodeus, si syaitan penjaga harta Kuil Sulaiman untuk menjaganya! Tiada siapa yang boleh mengambilnya...ha...ha....hahahahaha!!!!"
Knight templar dibakar
Rahib mengarahkan algojo menggiring semua pesalah ke tiang kayu. Burn at The Stake...begitulah namanya. Ianya popular digunakan ke atas perempuan-perempuan sihir pada zaman pertengahan. Mangsa akan dibakar hidup-hidup sehingga mati.
Rahib memandang Jacques De Molay yang terikat di tiang kayu dengan pandangan yang amat serius.Geofri De Charney (Templar Perceptor of Normandy) yang terikat di tiang sebelah Molay mula merungut-rungut tidak keruan. Tetapi Jacques De Molay kelihatan tenang.
"Bakar mereka!"
 
Algojo pun mula membakar jerami kering dan kayu-kayu. Api membakar tubuh para Templar dengan rakusnya. Jacques De Molay meronta-ronta. Tiba-tiba dia menjerit dalam api yang menggila itu,
"Aku bersumpah! Aku bersumpah! Demi Gospel Suci, Phillip jahannam dan tua kutuk Clement akan mati dalam satu tahun!"
 
Para rahib di lapangan hukuman terkejut cemas. Mata mereka melilau ke sekeliling. Tubuh para Templar makin hilang dijamah api yang marak.
Dari jauh si rahib yang bertanya tadi memandang api yang marak itu sambil mengertap bibirnya menahan kemarahan. Kepalanya ligat berpusing. Semuanya menuju ke satu persoalan.
Di Manakah Holy Grail?
di mana holy grail
Terletak di selatan Perancis, Rennes-le-Chateau tetap tinggal sebagai misteri. Desa ini adalah jantung kepada Knight Templar dan kaum Cathar. Satu daripada legenda terkenal ialah di desa ini terdapat harta karun tertanam di bawahnya, dikatakan harta karun King Solomon (Nabi Sulaiman), Ark of Covenant (Tabut Nabi Musa) atau Holy Grail (cawan suci bekas menakung darah Jesus yang disalib atau cawan yang digunakan Jesus ketika The Last Supper), yang dipercayai dipindahkan oleh Knight Templar ketika Perang Salib. Legenda itu mengatakan lagi, kesatria itu menyembunyikan harta karun itu selepas hukuman ke atas De Molay, pemimpin mereka yang dibakar atas arahan Raja Perancis.

Dalam tahun 1893, seorang paderi berumur 33 tahun, Francois Brenger Sauniere dari Gereja Sainte-Madeleine (St. Magdelena), telah menjumpai manuskrip yang dipercayai memimpin kepada harta yang terpendam ketika menaiktaraf gereja terbabit. Dia telah membawa manuskrip ini ke Paris pada Januari 1893, di mana ia telah dijual di sana. Di sana terdapat spekulasi dari ahli sejarah bahawa pembelinya adalah dari pihak Vatikan. Namun begitu salinan dari dokumen ini tetap selamat di tempat lain. Apa yang berlaku kepada Sauniere selepas itu? Rujuk kisah Francois Bérenger Sauniére dan Harta Karun Templar.
Sauniere kemudiannya di dapati kaya-raya secara mendadak. Ada spekulasi yang mengatakan ia adalah hasil jualan upacara-upacara gereja yang sebenarnya tidak dibuat oleh Sauniere, tetapi kekayaan Sauniere sehingga dapat membina villa dan menara mustahil hasil dari penipuannya. Tambahan pula kekayaan Sauniere berlebih-lebihan hingga selalu mengadakan jamuan dan pesta bersama-sama penduduk desa Rennes-le-Chateau. Spekulasi yang lain, yang mungkin paling popular adalah dikatakan Sauniere telah menjumpai syiling emas dan harta para Templar yang lain. Jika benar sudah tentu Sauniere menghadapi masalah untuk mencairkan harta-harta itu dan sudah tentu ada pihak dengan segera dapat menghidu penemuan Sauniere. Kekayaan Sauniere juga tidak luput dan habis sehinggalah kematiannya seakan-akan mengalir masuk ke dalam poketnya setiap bulan. Tetapi sehingga ke hari ini, dari mana datang kekayaan Sauniere masih menjadi misteri yang tidak terungkap.
Mengapakah Sauniere menghias gerejanya dengan hiasan yang pelik dan menakutkan seperti meletakkan patung Asmodeus, syaitan Penjaga Harta Kuil Sulaiman dalam dongeng Yahudi dan meletakkan perkataan:
TERRIBILIS EST LOCUS ISTE yang bermaksud: TEMPAT INI MENGERIKAN di pintu masuk gereja?

asmodeusTERRIBILIS EST LOCUS ISTE
Apa yang dilalui oleh Sauniere ketika perjalanannya bertemu rakan-rakannya dan mencari pemecah kod bagi manuskrip yang ditemuinya?
Apakah yang terjadi antara Sauniere dan pembeli misteri (Vatikan?) semua manuskripnya itu?

Jika kita mengaji pola yang terdapat dalam situasi Sauniere ini dengan teliti, kita akan perasan perkara yang sama juga berlaku pada satu episod lain. Apakah peristiwa yang menyamai situasi yang dihadapi oleh Sauniere dan Rennes-le-Chateau ini?
Tidak lain tidak bukan ialah Knight Templar!
Knight Templar pada awalnya tidak mempunyai kekayaan apa-apa. Namanya saja menggambarkan 'kemiskinan' yang dihadapi oleh para anggotanya. Pada awal karier mereka di Perang Salib, diceritakan mereka terpaksa berkongsi kuda untuk pergi berperang, dan ini yang menjadi lambang pada mohor mereka yang popular itu "Dua Kesatria Berkongsi Seekor Kuda". Tetapi setelah tinggal lama di Jerusalem (Baitul Maqdis), secara tiba-tiba mereka menjadi kaya-raya. Sehinggalah di Eropah sendiri mereka mampu membina biara-biara dan gereja sendiri. Termasuklah gereja Templar yang paling terkenal, Rosslyn Chapel. Dari mana mereka mendapat kekayaan yang berlimpah-ruah??
Ada spekulasi yang mengatakan Knight Templar mendapat kekayaan hasil dari cukai perlindungan yang dikenakan ke atas para penziarah Holy Land, malah dikatakan mereka mengambil kesempatan merompak rombongan para penziarah yang datang ke Holy Land! Tetapi ini pendapat yang dapat dipertikai, sudah tentu para penziarah yang dirompak akan mengadu kepada raja Jerusalem sendiri akan kelakuan para Templar, dan sudah tentu raja Jerusalem akan mengerahkan tenteranya menangkap para Templar awal-awal lagi kerana menyalahgunakan amanah yang diberi.
Bayangkan, kekayaan Knight Templar adalah terlalu besar sehingga dapat membina istana-istana kota (kastil), tembok, kubu-kubu, biara dan gereja-gereja malah sistem gerejanya dikatakan tidak ada kongkongan dari Gereja Roman Katolik. Ini satu keanehan. Ini adalah 'anomalies'. Mengapa Gereja Katolik mendiamkan diri sahaja perlakuan dan tindak-tanduk Knight Templar? Mengapa raja-raja Kristian dan Paus Vatikan membiarkan sahaja para Templar membina kekayaan tanpa batasan sehingga mencipta 'negara dalam negara'? Apabila kekayaan semakin banyak, tidak hairanlah para Templar dapat membina sistem perbankan sendiri, sistem cek dan sistem kapitalis moden yang pertama.I ni adalah cerita yang lain. Terlalu lama pihak gereja membiarkan Knight Templar bermaharalela berbuat sesuka hati di Eropah sehingga dapat menggugut raja-raja Eropah.
Mengapa ini terjadi?
Ada sesuatu yang dipegang oleh Knight Templar, ia amat berharga dan ia amat diperlukan oleh pihak gereja.
'Harta' ini juga tidak boleh dirampas sesuka hati, kerana ia amat terahsia, dan jika salah langkah, dikhuatiri ia akan didedahkan kepada khalayak dan 'rahsia' akan terbongkar...
Jika tidak sudah tentu tentera-tentera Inquisition gereja dan pasukan dari raja-raja Eropah akan menangkap para Templar sejurus selepas mereka pulang dari Holy Land untuk merampas segala 'harta' itu.
Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, pihak gereja mendiamkan diri dan para Templar berpesta ria dengan segala harta yang ada...
Begitu juga yang berlaku kepada Sauniere, pola yang berlaku adalah sama. Sauniere menjadi kaya secara mendadak dan berbuat sesuka hatinya di desa Rennes-le-Chateau selepas dikatakan menemui 'harta' yang terpendam. Pihak gereja mendiamkan diri malah apabila biskup Carcassone yang baru dilantik mencurigai tindak-tanduk Sauniere dan menyoal-siasatnya, dan apabila Sauniere mengadu kepada Vatikan, pihak Vatikan secara aneh memanggil biskup baru itu dan mengarahkan dia menarik balik tuduhan yang dikenakan ke atas Sauniere serta-merta dan membersihkan nama Sauniere!
Sauniere menerima kekayaan yang tidak putus-putus dari satu sumber misteri.
The Lost Holy Grail
Holy grail? betul ka?
Hugh J. Schonfield, seorang sarjana Bible berasal dari British mengatakan bahawa Knight Templar telah menemui manuskrip-manuskrip yang amat berharga ketika berada di Holy Land.
Apakah dia manuskrip-manuskrip itu?
MANUSKRIP-MANUSKRIP ITU ADALAH GOSPEL-GOSPEL YANG TIDAK SEMPAT DIMUSNAHKAN SEMASA PERSIDANGAN NICEA dan kempen mem'Paulus'kan ajaran Kristian. Ia adalah koleksi manuskrip zaman Hawariyyun, sebahagiannya masih dalam tulisan Aramaik dan Ibrani. Tidak mustahil juga terdapat INJIL YANG ASLI.
Sarjana Bible itu berkata lagi, Knight Templar telah mencipta istilah Baphomet menerusi kod rahsia Atbash untuk menyembunyikan istilah Gnostic bagi Sophia ('kebijaksanaan' dalam bahasa Greek) merujuk kepada pengaruh manuskrip yang dijumpai, yang dikatakan setaraf dengan Dead Sea Scrolls yang ditemui di Qumran.
Ini adalah kajian yang terbaru setelah sekian lama para orientalis menuduh Knight Templar terpengaruh dengan ajaran Muhammad dan kata 'Baphomet' (Baphomet dikatakan sembahan para Templar, berupa satu kepala; tidak jelas sama ada kepala manusia atau haiwan) itu bermaksud 'Mohamed'. Ini adalah tidak dapat diterima oleh ramai sarjana dan ahli sejerah Kristian sendiri malah ada yang mengatakan tiada pun dijumpai terma 'Baphomet' dalam dokumen-dokumen Knight Templar. Karen Ralls mencatatkan,
"There is no mention of Baphomet either in the Templar Rule or in other medieval period Templar documents".
 
Pendapat para sarjana semakin lama semakin menjurus kepada fakta bahawa apa yang ditemui oleh Knight Templar bukanlah harta karun berupa wang emas, perak, berlian atau seumpamanya, tetapi sesuatu yang amat berharga dari segi spiritual.
Alan James juga berpendapat sedemikian,di mana beliau menulis:
"The conjecture is that the warrior monks appear to have spent their time digging under the temple looking for… what exactly? There are many theories but no one is completely certain. The best evidence suggests there was a mixture of treasure, both material and spiritual. Details of the items secreted there are mentioned in The Dead Sea Scrolls found at Qumran in particular, the copper scroll. The material treasure is obvious in terms of bullion and precious stones etc., but the spiritual, - what could that have been? From all this one thing is certain, the founding of the order of warrior monks had originally very little to do with protecting pilgrims and a lot to do with gathering information and treasure"
 
Di tempat lain dia menulis:
"The Knights Templar who were the Priory’s military wing searched for, and probably found both actual and spiritual treasures beneath the Temple of Solomon. What the treasures actually were is still hotly debated, but consensus suggests that they comprised a fortune in gold and artifacts etc and also the lost gospels of Jesus Christ. The Priory therefore would have had access to at least some of the spoils and documentation, certainly enough to finance any of its plans.Either of these items would have financed Sauniere’s spending in and around Rennes-le-Chateau, but if the ‘treasure’ was information inimical to the Catholic Church, then it is likely that a great deal of ‘hush money’ was paid"
 
Seorang penulis dan pengkaji mitologi (kajian tentang mitos dan legenda), William Henry menulis bahawa dia tidak percayakan Sauniere dan percaya Sauniere telah dibayar oleh pihak tertentu untuk mendiamkan satu 'rahsia' yang dijumpainya di Rennes-le-Chateau. Penulis 'Blue Apples' ini juga mengatakan Sauniere menghias gerejanya dengan pelbagai hiasan pelik adalah bagi menutup cerita yang sebenarnya di sebalik penemuan yang menggemparkan itu.
Seorang 'conspiracy theorist' yang terkenal, David Icke juga ragu-ragu dengan apa yang Sauniere temui di Rennes-le-Chateau. Sauniere seolah-olah tahu apa yang tersembunyi di sana dan membuat pelbagai hiasan untuk menutup rahsia itu. Sauniere juga seolah-olah menyembunyikan banyak petunjuk lain dan dan mungkin terdapat banyak 'parchment' di mana dua 'parchment' itu hanyalah penutup cerita atau 'senjata' untuk menggugut pihak tertentu.
"I don’t believe for a second that this is all that Sauniere found. Anything that really mattered would never have been made public and it is quite possible that Sauniere did not find his parchments in the church at all. Maybe it’s a cover story to obscure the real tale" ~ (David Icke)
 
Gospel Suci di Holy Land
Ketika penjarahan berlaku ke atas semua menuskrip,buku-buku,gospel,catatan-catatan dan diari yang menentang ajaran Paulus,Triniti dan Sumpah Nicea di seluruh Eropah,sebenarnya ini tidaklah terjadi di semua wilayah yang diluar kekuasaan Gereja Roman Katolik.Contohnya di Mesir,kaum Nasrani di sana tidak sehaluan dengan Gereja Katolik dan mereka mempunyai gospel dan sistem gereja sendiri yang terkenal dengan nama aliran Gereja Ortodoks Koptik Mesir.Banyak manuskrip dan gospel-gospel yang ditemui di sana,yang paling terkenal sudah tentulah penemuan manuskrip Nag Hammadi.Malah jika dilihat pada kitab-kitab kuno Nasrani Koptik ini,lambang yang digunakan mereka bukanlah Salib Rom, tetapi Ankh, iaitu Salib Mesir yang melambangkan 'rahsia kehidupan'.
Manuskrip Nag Hammadi | The Nag Hammadi Scroll
Manuskrip Nag Hammadi atau dikenali di Barat dengan The Nag Hammadi Library adalah contoh terkenal betapa gospel-gospel 'suci' masih berjaya diselamatkan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan Kristian Katolik ala Paulus dan Triniti. Banyak lagi gospel-gospel yang sebegini yang telah muncul atau 'menunggu giliran' akan muncul bagi mendedahkan kebenaran.
Pada bulan Disember 1945, para petani Mesir secara kebetulan menemui beberapa jilid Injil Koptik yang sejak itu menjadi perhatian penuh ratusan peneliti di seluruh dunia.
Telah berlalu beberapa tahun sejak dua orang anak seorang lelaki yang bernama Saman menemukan jilid-jilid Nag Hamady hingga muzium Mesir mengetahuinya. Setelah mengetahui nilai antiknya, para petani menyembunyikan manuskrip-manuskrip itu dari pemerintah Mesir dengan harapan dapat menjualnya dan mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Lalu, ketika manuskrip-manuskrip itu dijajakan dipasar barang antik di Kaherah, para petugas badan antikuiti Mesir -yang pada ketika itu berada di bawah Jabatan Akademik- mendengar tentang masalah itu. Untuk itu, mereka membeli jilid pertama yang muncul di pasar dan mereka telah menyimpannya di Muzium Koptik. Namun, hingga saat itu, mereka belum mengetahui nilai yang sebenarnya dari jilid-jilid itu, melihat tidak adanya seorang ahli yang menyingkapkan hakikatnya.
Setelah itu, secara kebetulan ada seorang Egyptologist dengan kepakaran di bidang bahasa Koptik telah datang ke Mesir. Jean Dorice yang berasal dari Perancis mengunjungi muzium Koptik yang menyimpan manuskrip tersebut. Kesempatan itu digunakan oleh Togo Mina, pengarah muzium untuk menunjukkan satu jilid yang ada padanya dengan maksud agar dia memeriksanya. Semangat Mina kemudian bertambah ketika diberitahu oleh ahli dari Perancis itu bahwa penemuan jilid semacam ini akan mengubah segala sesuatu yang biasa diketahui mengenai asal mula gerakan Kristian.
Setelah itu, Togo Mina mendesak institusi antikuiti Mesir agar membeli semua jilid yang telah ditemukan dan tidak memperkenankan jilid- jilid itu untuk keluar dari Mesir. Untuk itu, dia segera melapor kepada atasan-atasannya dan akhirnya masalah itu sampai ke Menteri Pelajaran. Setelah mendengar hal itu dia langsung memutuskan untuk membeli semua jilid yang telah ditemui untuk disimpan di Muzium Koptik.
Kemudian oleh kerana Menteri Pelajaran tidak mampu menyediakan dana yang cukup untuk membeli seluruh jilidan itu, para petugas antikuiti Mesir merampas seluruh jilidan yang ada di tangan para pedagang. Akhirnya mampu dikumpulkan sebanyak 13 jilid yang berisi 52 naskah.
Selanjutnya, para petugas antikuiti Mesir menyimpan jilidan-jilidan yang ada di tangan mereka di Muzium Koptik. Tetapi para pedagang berhasil melarikan banyak bagian dari jilid 13 yang berisi 5 naskah ke luar negeri. Tidak lama kemudian bahagian-bahagian yang dilarikan itu telah dijajakan di Amerika Syarikat. Ketika Djails Kesbel, guru besar sejarah agama di Universiti Belanda mengetahui beberapa naskah yang dijajakan itu, segera meyakinkan Yayasan Gustave Yong yang terletak di kota Zurich, Switzerland untuk membeli bagian-bagian yang dijajakan itu.
Setelah melihat naskah-naskah yang telah dibeli, Kesbel mengetahui ternyata ada bahagian yang hilang dari naskah-naskah itu. Untuk itu, dia segera pergi ke Kaherah untuk mencarinya. Setibanya di Kaherah dia langsung pergi ke Muzium Koptik dan mendapatkan foto dari jilidan-jiidan yang berbaki. Setelah itu dia kembali ke hotel. Setelah sampai, dia berusaha menyingkapkan simbol-simbol bahasa Koptik kuno dan mengenali kandungan foto-foto itu. Kemudian terjadilah suatu kejutan besar, ketika peneliti Belanda itu mendapatkan naskah itu dibuka dengan kata-kata berikut ini:
"Ini adalah sabda-sabda rahsia yang disampaikan oleh Jesus yang hidup dan dibukukan oleh Dimideus Judas Thomas."
 
Setengah abad sebelumnya,di Mesir juga, telah ditemui potongan papirus yang memuat bahagian dari Injil Tomas, tetapi tertulis dalam bahasa Yunani. Jadi inilah mula-mula ditemukannya Injil itu dalam wujudnya yang lengkap. Selain itu setelah memeriksa foto-foto yang lain, Kesbel yakin bahwa manuskrip-manuskrip itu terdiri dari 52 naskah yang kesemuanya berasal dari abad-abad pertama Masehi. Di antaranya ada Injil yang belum dikenal sebelumnya, seperti Injil Tomas - atau Tuhutmus dalam bahasa Mesir kuno, Injil Philip, Injil Kebenaran dan Injil orang Mesir. Di samping itu juga ada beberapa tulisan yang dirujuk kepada para Hawariy (apostles), seperti James - atau Yihmis dalam bahasa Mesir kuno, Penglihatan Paulus dan surat Petrus (Peter) kepada Philip.
Skrol Nag Hammadi
Seterusnya, tidak ada perselisihan di kalangan para peneliti mengenai waktu disembunyikannya jilid-jilid ini, iaitu pada pertengahan abad keempat Masehi. Penentuan waktu dapat disimpulkan dari model tulisan yang terdapat di permukaan kertas papirus yang digunakan untuk melapisi bagian dalam sampul kulit berasal dari masa itu. Kemudian pada masa ini pulalah gereja Rom kerana memeluk agama baru membakar semua perpustakaan yang menyimpan informasi-informasi yang bertentangan dengan ajaran-ajarannya. Di antara yang dibakar itu adalah perpustakaan Iskandariah termasuk Institut Teologi Kristiannya yang terletak di Kuil Serabium.
Sumber-sumber Koptik mengatakan bahawa Santo Markus yang menulis Injil kedua dari Perjanjian Baru datang ke Iskandariah pada pertengahan abad pertama Masihi. Selanjutnya dia hidup di sana hingga meninggal pada tahun 74 Masihi dan dikubur di kota ini. Sepanjang abad pertama dan kedua, Iskandariah dan perpustakaannya menjadi pusat utama pemikiran Kristian. Ada beberapa sumber sejarah yang mengatakan bahawa pada zaman Masihi, perpustakaan Iskandariah selain menjadi pusat pengkajian Yunani juga menjadi pusat pengkajian falsafah Kristian dan teologi pada masa itu.
Hanya saja, ajaran-ajaran Kristian Mesir tidak sehaluan dengan ajaran-ajaran Kristian dalam banyak hal, bahkan boleh dikatakan bahawa di sana terdapat persaingan pemikiran antara Rom dan Iskandariah demi mendapatkan kepemimpinan dunia Kristian. Persaingan ini mampu dimenangkan oleh pihak Rom hanya kerana dominasi politik Rom di atas sebahagian besar negeri-negeri peradaban kuno.
Hanya saja, telah terjadi perselisihan sengit di antara para peneliti mengenai penentuan waktu penulisan naskah asli dari naskah-naskah yang ditemukan di Nag Hamady itu. Sebahagian mereka menyatakan bahwa naskah-naskah itu ditulis sebelum tahun 180 M. Pernyataan ini mereka dasarkan pada pernyataan Biskup Iraneaus, Biskup kota Lyon yang menyebutkan bahwa kelompok-kelompok Heretic (kekafiran) - demikian pendeta-pendeta Eropah menamakan semua gerakan Kristian yang datang dari Mesir- memiliki sejumlah injil yang pada saat itu sudah menyebar di seluruh wilayah Empayar Rom.Oleh Kerana buku itu ditulis pada tahun 180 M. maka sudah semestinya injil- injil yang dia ceritakan itu sudah ada sebelum waktu ini.
Tetapi ada kelompok lain dari para pengkaji lnjil yang menolak waktu penulisan naskah-naskah Nag Hamadi yang sangat kontroversi itu. Jika tulisan-tulisan ini termasuk tulisan-tulisan heretic dan menyesatkan -sebagaimana dinyatakan oleh gereja Rom- sudah semestinya timbul setelah tulisan-tulisan lain yang dianggap murni dan lurus oleh gereja Rom,kerana injil-injil Perjanjian Baru berdasarkan pendapat yang berlaku ketika ini muncul pada waktu yang membentang antara tahun 75 M. hingga pertengahan abad kedua Masihi maka para pengkaji itu menentukan waktu yang lebih kemudian -iaitu sekitar abad ketiga Masehi bagi kemunculan tulisan-tulisan Koptik Nag Hamadi. Dan untuk menekankan waktu ini, mereka juga menentukan waktu yang kemudian bagi kemunculan tulisan Koptik itu sendiri.
Hal ini terjadi kerana idea yang berlaku di kalangan para pengkaji barat bahawa walaupun ajaran Kristian sudah masuk ke Mesir pada abad pertama Masihi tetapi mereka baru berpindah agama pada abad ketiga. Kelompok pengkaji ini berkeras mengatakan bahwa kelompok-kelompok Kristian yang ada di Mesir pada abad pertama itu adalah orang Yahudi atau Yunani yang bermukim di Mesir. Dengan demikian tidak akan ada tulisan-tulisan Kristian yang berasal dari waktu yang sangat kontroversi ini dan memakai bahasa Koptik yang merupakan bahasa keseluruhan masyarakat Mesir.
Oleh kerana itu -tanpa bukti objektif- para pengkaji barat menentukan waktu penulisan naskah-naskah Nag Hamady itu pada abad ketiga Masihi,iaitu waktu masuknya orang Mesir ke dalam agama Kristian.
Hanya saja, para pengkaji itu menghadapi masalah yang serius ketika berusaha untuk menentukan waktu penulisan naskah terpenting yang ditemukan di Nag Hamady itu, iaitu Injil Thomas. Injil ini berbeda dengan injil-injil lain yang dikenal pada ketika ini.Ianya tidak memuat cerita atau penuturan peristiwa. Sebaliknya hanya terdiri dari 114 sabda yang disandangkan kepada Isa Almasih. Selain itu, juga sulit menganggap injil ini 'heretic' kerana memuat jumlah besar sabda Almasih yang tersebut dalam injil-injil Perjanjian Baru di samping sabda-sabda lain yang tidak tersebut di sana.
Selanjutnya, sabda-sabda Almasih ini juga disebutkan secara langsung, bukan dalam cerita. Jadi boleh ditarik kesimpulan bahawa Injil ini lebih lama daripada injil-injil lain. Dengan demikian, ketika pengkaji Belanda Kesbel mengusulkan tahun 140 untuk kemunculan naskah asli dari Injil Thomas, Helmot Cuister -guru besar sejarah Kristian di Universitas Harvard dan pengkaji mutakhir terpenting dalam masalah ini- mengejutkan semua orang ketika menyatakan bahwa naskah asli dari Inji Thomas berasal abad pertama Masehi,iaitu mendahului kemunculan kitab apa pun dari Perjanjian Baru, termasuk surat- surat Paulus dan kitab Kisah Para Rasul.
Selanjutnya, ketika Jabatan Pengarah Muzium Koptik diduduki oleh Dr. Bahur Labib pada tahun 1952, dia tidak bersemangat untuk cepat-cepat menerbitkan naskah-naskah Nag Hamady. Hanya saja kerana mengetahui kebenaran yang akan dicapai oleh pengkaji yang menerbitkan naskah-naskah ini, memutuskan tidak membolehkan siapa pun untuk melakukannya tanpa seizinnya. Maka penerbitan kandungan perpustakaan Nag Hamady itu terlambat beberapa tahun lagi.
Tapi pada tahun 1961, badan dunia UNESCO meminta diterbitkannya jilid-jilid Koptik itu. Dia mengusulkan agar dibentuk satu jawatankuasa antarabangsa yang akan berkumpul di Kaherah untuk melakukan usaha ini. Selanjutnya, jawatankuasa yang dibentuk ini memutuskan bahawa langkah pertama untuk menerbitkan naskah- naskah ini adalah mengambil foto-fotonya sehingga mampu digapai oleh setiap pengkaji yang ingin mempelajarinya. Demikianlah yang terjadi, proses pengambilan foto itu segera dimulakan dan berlangsung selama beberapa tahun. Antara tahun 1972 hingga tahun 1977 berjaya diterbitkan foto naskah-naskah itu dalam sepuluh jilid. Setelah itu, James Robinson, pengarah institut kajian sejarah Kristian membentuk satu jawatankuasa antarabangsa yang lain untuk mengkaji dan menterjemahkan naskah-naskah perpustakaan Koptik Nag Hamady, suatu hal yang mendorong para mahasiswa sejarah Kristian untuk mempelajari bahasa Koptik, terutama di Universitas Harvard di Amerika.
Perpustakaan Nag Hamady (The Nag Hammady Library) ini pun bukan tulisan-tulisan Kristian kuno yang ditemukan di Mesir dan berbahasa Koptik. Sebaliknya, menjelang habisnya abad kedelapan belas, seorang pelancong Scotland membeli manuskrip Koptik di kota Luxor, sebagaimana juga salah seorang penggemar barang antik menemukan manuskrip Koptik pada seorang penjual buku-buku kuno di London. Dari terjemahan tulisan-tulisan itu diketahui berisi dialog antara lsa Almasih dan sekelompok muridnya, di antaranya ada perempuan. Lalu, menjelang akhir abad lalu, salah seorang ahli Egyptologist yang berasal dari Jerman menemukan manuskrip Koptik dijajakan di pasar barang-barang antik di Keherah. Manuskrip ini berisi tulisan yang disebut Injil Maria Magdalena. Di samping tiga naskah lain yang ditemui dalam kumpulan perpustakaan Nag Hamady setelah itu. Para ahli arkeologi juga menemukan ribuan kertas papirus di berbagai tempat di Mesir sepanjang abad ke-20. Kertas-kertas itu memuatkan tulisan-tulisan Kristian kuno, walaupun sebagian besarnya ditulis dalam bahasa Yunani (Greek).
Yang tidak dapat diragukan lagi bahawa semua tulisan Kristian tertua yang ada di dunia pada saat ini, termasuk naskah-naskah Perjanjian Baru ada di Mesir. Tidak ada satu naskah pun yang berasal dari tiga abad pertama dan ditemukan di luar Mesir.
Gospel Barnabas
Di antara penemuan gospel lain yang kontroversi adalah Injil Barnabas. Menurut sejarah, Injil Barnabas disembunyikan di perpustaan Vatikan. Namun, kemudian Injil Barnabas mulai tersebar ketika Biskup St. Ferramino meminjam manuskrip Injil Barnabas berbahasa Itali dari perpustakaan Paus Sixtus V. pada tahun 1585. Setelah membaca dan mempelajari Injil Barnabas, biskup itu pun memeluk Islam.
Kemudian manuskrip Injil Barnabas tadi jatuh ke tangan Mustapha De Aranda yang menterjemahkannya dalam bahasa Sepanyol. Tidak lama kemudian, Dr. Sale, sarjana Inggeris menemui Injil tersebut. Pada tahun 1709, John Toland, ahli arkeologi dan sejarahwan di Amsterdam, Belanda, menerima Injil Barnabas berbahasa Itali dari John Frederick Cramer, penasihat kerajaan Prusia Jerman. Pada tahun 1713, Cramer mengirimkan manuskrip Injil Barnabas itu ke perpustakaan pegawai pemerintah Eugene dari Savoy. Beberapa tahun kemudian, manuskrip tersebut disimpan di perpustakaan kerajaan Hoffbibliothek Wina, The Imperial Library atas pemintaan pegawai pemerintah Eugene. Setelah itu, Injil Barnabas mula mendapat perhatian dari segenap pengkaji.
Pada tahun 1907, Injil Barnabas yang berbahasa Sepanyol diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris oleh Lonsdale Ragg dan isterinya Laura Ragg, dengan judul The Gospel of Barnabas terbitan Oxford University.
Pada tahun 1908, Dr. Khalil Sa'adah, seorang ahli arkeologi Arab, menterjemahkan buku di atas dalam bahasa Arab "Injil Barnaba, Dirasat Haula Wihdatiddin'inda Musa wa Isa wa Muhammad'Alaihimussalam" (Injil Barnaba, Sebuah Studi Mengenai Kesamaan Tauhid antara Musa, Isa dan Muhammad 'Alaihimussalam)
Istimewanya di dalam injil ini, diterangkan bahawa Jesus bukanlah Tuhan tetapi dijelaskan antara para Rasul-Nya. Malah di dalam injil ini, nama Nabi Muhammad ada disebut dengan jelas dan terdapat ramalan kedatangan Nabi Muhammad sebagai Messiah di akhir zaman.
"Jesus menjawab: `Nama Messiah adalah yang terpuji, kerana Tuhan sendiri telah memberikan nama itu ketika Dia menciptakan jiwanya, dan menempatkannya di dalam kemuliaan syurgawi. Tuhan berkata: "Nantikanlah Muhammad; demi engkau, Aku akan menciptakan firdaus, dunia, dan begitu banyak makhluk, yang akan Aku serahkan kepadamu sebagai hadiah, sedemikian rupa sehingga barangsiapa memberkati engkau, dia akan diberkati, dan barangsiapa mengutuk engkau, dia akan dikutuk. Ketika Aku mengutus engkau ke dalam dunia, Aku akan mengutus engkau sebagai utusan keselamatan-Ku dan kata-katamu akan menjadi kenyataan, sedemikian rupa sehingga meskipun langit dan bumi akan gagal, imanmu tidak akan pernah gagal." Muhammad adalah namanya yang diberkati.' Kemudian khalayak itu mengangkat suara mereka, lalu berkata, `O Allah, utuslah kepada kami utusan-Mu: O Yang Terpuji, datanglah segera demi perdamaian dunia!'" ~ (Barnabas 97:9-10)
 
"Kemudian imam itu berkata: "Dengan nama apakah Messiah itu akan dipanggil?" Jesus menjawab, "Muhammad adalah namanya yang diberkati" ~ (Barnabas ps. 97).
 
Dalam ayat yang lain:
"Jesus mengaku, dan mengatakan kebenaran: "Aku bukanlah Messiah itu."~ (Barnabas ps. 42:2)
 
Barnabas yang mula dijumpai dikatakan ditulis dalam bahasa Itali. Pihak yang menentang Injil ini mengemukakan 1001 bukti menidakkan Injil ini. Bukti yang ketara mungkin dari segi nama-nama tempat dan keadaan geografi serta cara hidup ketika itu. Tetapi bukankah naskah ini ditulis dalam bahasa Itali, di mana sudah tentu ia disalin dari kitab yang lebih tua yang sudah pasti bukanlah kitab berbahasa Aramaik atau Ibrani. Sekurang-kurangnya kitab asal itu berbahasa Greek atau Koptik, kerana bahasa Itali agak baru bagi sebuah gospel kuno. Maka dalam proses penyalinan ini sudah tentu tidak lepas dari kesalahan mentafsir nama tempat, keadaan geografi dan cara hidup Hawariyyun ketika itu, contohnya dalam gospel ini disebutkan air anggur disimpan di dalam tong kayu padahal di zaman Nabi Isa a.s di Palestin, air anggur ditadah dalam bekas-bekas tanah liat. Ini bukanlah aneh kerana orang yang menyalin mungkin tidak memahami sesetengah perkataan bahasa yang diterjemahnya dan mula 'membuat kepala sendiri' menambah kata-kata mengikut pandangan hidupnya di masa itu.
Padahal Injil Kanonik yang empat itu juga bukanlah dalam bahasa asalnya malah diterjemahkan berulangkali dari beberapa bahasa berbeza. Adakah kerana injil ini tidak mempertuhankan Isa a.s dan menyebut nama nabi Muhammad s.a.w maka ia ditolak dan diserang di sana-sini?
Jika injil ini tidak penting, mengapa Paus Sixtus V sanggup menyimpan injil ini di perpustakaan peribadinya padahal sejarah mengatakan terlampau banyak injil-injil yang dibakar oleh pihak gereja?
Apa istimewanya injil ini sehingga Paus menyimpannya?
Mengapa beliau tidak membakarnya??
Tentu ada yang istimewa dan terahsia di dalam injil ini, malah tidak mustahil ketika Paus Sixtus V menerima injil Barnabas ini, kemungkinan masih dalam keadaan baik, tetapi telah dirosakkan dengan menambah di sana-sini bagi menghilangkan keasliannya. Paus tidak memusnahkannya tetapi menyimpannya bagi rujukan di masa akan datang dan beliau sendiri tentu tahu bahagian-bahagian yang asli di dalam injil itu.
Inilah kepelikan dalam sikap para paderi Kristian. Cuba bayangkan apa rasionalnya seorang mufti atau imam agama Islam menyimpan kitab The Satanic Bible di dalam perpustakaannya? Padahal sebelum itu dia menyuruh anggota jabatan agama Islam merampas kitab-kitab Satanic dari ahli-ahli kumpulan Black Metal di Kuantan misalnya. Bukan itu sahaja bayangkan Mufti Negeri Perak, Datuk Harussani Zakaria, misalnya tiba-tiba ditemui di dalam biliknya terdapat kitab sihir Necronomicon berserta jilid-jilid ajaran Temple of Set di dalam almari bukunya, bersebelahan kitab tafsir dan AlQuran?
Apakah yang mampu dijawab oleh mufti terbabit sekiranya ditanya apa keperluan menyimpan kitab-kitab sedemikian rupa? Padahal ini adalah kitab syaitan, kafir, bidaah dan sihir.
Itulah yang dituduh oleh para paderi kepada injil-injil yang selain empat Injil Kanonik itu (Matthews, Luke, Mark, John).
Semua kitab-kitab atau gospel-gospel yang 'syaitan', 'kafir', 'bidaah' dan 'sihir' dibakar dan dimusnahkan. Tetapi alangkah anehnya ketika para pengikut Kristian dan paderi membakar gospel-gospel itu, Paus sibuk membalut gospel-gospel yang 'syaitan' dan 'bidaah' itu di bilik perpustakaanya dan menciumnya lantas meletakkannya ke dalam almari koleksi buku-buku kesayangannya. AMAT ANEH TINDAKAN PAUS INI.
Terdapat banyak lagi gospel-gospel yang muncul dewasa ini hasil dari penggalian arkeologi, tidak kurang juga dari penemuan-penemuan tidak sengaja. Satu contoh yang terkenal,malah mungkin lebih terkenal dari Nag Hammadi, iaitu The Dead Sea Scrolls.
Dead Sea Scrolls | Manuskrip Laut Mati
The Dead Sea Scrolls (Manuskrip Laut Mati) yang dimaksudkan adalah sekumpulan tulisan tangan kuno yang berhasil ditemui antara tahun 1947 - 1956 di dalam gua-gua tersembunyi di pergunungan yang terletak di sebelah barat Laut Mati, antara lain kawasan Qumran, Muraba'at, Khirbat, Mrd, Ein Jeda dan Masada.
Penemuan tersebut, khususnya yang berasal dari wilayah Qumran atau Umran, wilayah Tepi Barat Jordan yang berjarak hanya beberapa kilometer selatan kota Yerikho (Areeha), semenjak setengah abad yang lalu, telah membawa kesan yang sangat dalam pada pola pemikiran pengkaji-pengkaji Yahudi dan Kristian di seluruh dunia. Selanjutnya penemuan-penemuan yang mengejutkan itu, sudah pasti, telah mengakibatkan terjadinya perubahan pada banyak struktur kepercayaan yang selama ini diyakini di Palestin. Walaupun demikian, kita masih berada di awal langkah sehingga belum boleh diharapkan untuk mendapatkan hasil-hasil yang sempurna, kecuali apabila seluruh naskah yang ada berhasil diterbitkankan dan difahami maknanya oleh para pengkaji.
The Dead Sea Scrolls ditemukan oleh seorang anak (penggembala kambing) bernama Muhammad Ad-Dib. Gulungan manuskrip yang ditemukan berisi tulisan kitab Perjanjian Lama, oleh sebuah komuniti yang dikenali sebagai salah satu aliran Yahudi, yaitu aliran Essenes. Tulisan-tulisan mereka memberikan gambaran tentang masa-masa awal sejarah Kristian, perkaitan gerakan Nazareth (pengikut Jesus dari Nazareth) dengan aliran Essenes, dalam komuniti ini terdapat seorang Nabi yang sezaman dengan Jesus yaitu Yahya a.s, atau John The Baptist-menurut tradisi Kristian.
Penemuan arkeologi ini akhirnya mendorong sekian banyak pemerhati Kristologi untuk mengkaji naskah-naskah tersebut. Beragam kajian dari para pengkaji mulai bermunculan, baik para pengkaji Barat mahupun Timur. Salah satu kesimpulan dari para pengkaji ini bahawa aliran Essenes berkaitan erat dengan masa awal sejarah Kristian. Ia bahkan meramalkan bahawa "Guru bijak" yang diceritakan melawan "Pendeta jahat" dalam Naskah Gulungan Laut Mati, adalah Jesus itu sendiri. Hal ini diperkuatkan dengan kajian terhadap nama Isaiyah yang tertulis sebagai nama kelompok tersebut, sebenarnya adalah Essenes itu sendiri.
Kajian-kajian tentang the Dead Sea Scrolls amatlah banyak, diantaranya yang membuat kejutan dunia Kristian adalah laporan Barbara Theiring, dalam bukunya "Jesus the Man". Dari penelitiannya selama 20 tahun terhadap naskah Laut Mati, Barbara Theiring mampu menampilkan sisi Jesus sebagai seorang manusia, yang menikah (bahkan berpoligami), juga meninggal secara wajar dan bukan ditiang salib. Secara umum, kajian terhadap Naskah Laut Mati, lebih menempatkan Jesus sebagai sisi manusia yang pernah ada dalam sejarah, dan bukan sisi imaginasi yang kemudian di mitoskan dan disembah. Setidaknya, inilah inti terpenting dari hasil kajian Naskah Laut Mati.
Di dalam gospel lain,iaitu yang dinamakan Injil Didache,juga ditemukan ayat-ayat yang mengesakan Allah s.w.t.Gospel ini tidak menyatakan bahawa Nabi Isa a.s adalah tuhan, selain Allah. Ia juga tidak menyatakan bahwa Isa Alaihissalam adalah Nabi yang akan diutus di akhir zaman. Doktrin inti ajaran Kristian, yaitu penebusan dosa manusia dengan darah AI-Masih, juga tidak disebutkan di dalam Injil ini. Ia justeru menyebutkan kebalikannya, yaitu penganut Kristian yang tidak mengimani Nabi Muhammad s.a.w akan dikutuk, sedangkan penganut Kristian yang mengimaninya akan menjadi orang kudus (suci).
Namun,Injil Didache tidak terhindar dari pemotongan. Di dalam bahagian yang berisi nubuat tentang akhir masa berlakunya syariat Yahudi, Isa a.s menyebutkan nubuat-nubuat dari Perjanjian Lama tentang Nabi Muhammad s.a.w. Namun, naskah tersebut telah dipotong. Orang yang cerdas tentu faham, pemotongan keterangan tentang nubuat-nubuat itu demi tujuan-tujuan keagamaan tertentu.
Didache, atau Ajaran Rasul-rasul, adalah peraturan gereja (church polity) pertama yang sampai kepada dunia dan merupakan salah satu naskah yang terpenting dan tertua tentang ajaran agama dan hukum gereja, kerana ia memuat teks-teks sastera agama yang tertua setelah Perjanjian Lama. Posisinya ada di tengah-tengah antara Perjanjian Baru dengan tulisan-tulisan bapa-bapa apostolik (apostolic fathers). Penemuan naskah ini pada akhir abad 19 menimbulkan kejutan yang hebat di kalangan ilmiah gereja, sebab sarjana-sarjana patristik telah mengetahui keberadaan apa yang disebut "Ajaran Rasul-rasul", namun mereka tidak pernah menemukan satu pun petunjuk tentangnya sampai penemuan tersebut.
Penemuan Naskah yang Berisi Didache
Pada tahun 1873, Philotheos Bryennios, Pengarah Sekolah Tinggi Teologi Yunani di Konstantinopel, yang kemudian menjadi Datuk Bandar kota Nikomedia, menemui sebuah manuskrip di perpustakaan DiyorAl-Qabr AI-Muqaddas (Monastery of the Most Holy Sepulchre) di Konstantinopel (Istanbul), yang berada dalam pengawasan Patriarkhal Yerusalem Bizantium Ortodoks, yang berisi beberapa naskah klasik yang sangat penting. Manuskrip itu lalu dipindahkan dari Jerusalem ke Istanbul pada tahun 1680, lalu dipindahkan lagi ke Perpustakaan Patriarkhal Rom Ortodoks, dan diberi nombor 54. Oleh itu, di kalangan ilmiah, manuskrip, tersebut popular dengan nama "Manuskrip Jerusalem" (Jerusalem Codex) dan dalam bahasa Latin disebut Hierosolymitanus: 54.
Manuskrip yang baru ditemukan itu mendapatkan perhatian yang luar biasa dari kalangan ilmiah. Ia menjelaskan banyak segi yang samar samar tentang sejarah awal kehidupan gereja, sehingga ia cepat di perhatikan sedemikian rupa oleh para ahli sejarah dan manuskrip ini disalin seorang penyalin saja, yang bernama Leon An Nasikh AI-Khati' (the notary and sinner: si penyalin yang banyak dosa), pada tahun Greek 6564, sama dengan 1056 Masihi, atau kurang lebih pertengahan abad 11.
Pada tahun 1876, atau dua tahun setelah ditemukannya Manuskrip Jerusalem, yang disebut oleh Bryennios dengan "Jerosalem Codex", Penguasa Philotheos Bryennios telah menerbitkan Dua Surat Clement dengan disertai pengantar dan catatan-catatan, di Jerman, ketika ia berada di Institut Katolik yang lama di kota Bonn. Para sarjana patristik menyambut baik karya tersebut, yang menunjukkan ketelitian dan keahliannya yang tinggi dalam penyuntingan teks, berkat kajiannya pada para pakar dari pusat kajian di Jerman.
KESIMPULAN.
Peti harta Knight Templar telah terbuka.Anda sudah tahu apa isinya.Knight Templar telah menggunakan 'harta' ini bertahun-tahun untuk mengunci mulut para penguasa gereja dan raja-raja Kristian Eropah.Begitu juga dengan Sauniere,si pastor yang bijak mengambil peluang.Taktik Knight Templar ini diwarisi oleh pastor muda ini dan dengan 'rahsia' ini dia menjadi kaya-raya.
Tetapi sama seperti yang berlaku pada Knight Templar,akhirnya Sauniere juga dibunuh kerana tindakannya melampaui batas dan juga mahu menutup terus 'rahsia' yang ditemui di sana.Mungkin pendeta dari Esperaza yang terkejut mendengar kata-kata terakhir Sauniere tahu 'rahsia' itu.
Selepas itu banyak orang telah diupah untuk mereka-reka cerita,antaranya tentang Holy Grail,Maria Magdalena,keturunan Jesus juga mengenai Merovingian.Pierre Plantard de Saint Clair,orang yang mendakwa warisan dari Priory of Sion misalnya dikatakan telah mereka sebuah dokumen dan menyeludup masuk dokumen itu ke perpustakaan.
Semuanya untuk menutup cerita tentang Holy Grail yang sebenar. Mahu percaya Holy Grail yang palsu,kisah cawan dongengan atau Holy Grail yang sebenar? TAMAT ARTIKEL BERSIRI: Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar
INFO: Artikel bersiri Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar ini adalah hasil kajian Saudara M.O (Mistis Organization) @ Mistisfiles

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Printable Coupons